Friday, July 22, 2016

Filled Under:

MENGEJUTKAN!!! KEKASIH RUHAINIES, PELAKON AZREL ISMAIL KELUARKAN KENYATAAN PEDAS PADA SUAMI ADIRA!!!


Pelakon sensasi Azrel Ismail yakin bahawa teman wanitanya iaitu aktres Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu biarpun video mereka keluar bersama kini menjadi viral...

Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada khamis lalu bersama pembantu peribadinya namun dia tidak dimaklumkan atas tujuan apa...

"Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar semalam. Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki tersebut dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada urusan projek bersama...

"Saya amat kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja," ujarnya kepada pemberita mStar Online...

Azrel turut diminta untuk mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluar bersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang sekarang ini...

Dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Ruhainies menafikan terdapat jalinan hubungan yang istimewa antara dia dan ahli perniagaan itu...

Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia telah diperangkap oleh lelaki tersebut yang cuba mencari publisiti murahan gila...

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap dia sebagai wanita paling rapat dan istimewa dalam hidup dia...

Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan yang terperinci untuk peringkat seterusnya.





0 comments:

Post a Comment